Tuesday, September 28, 2010

Baklava





Bahan-Bahan A:
700 gm tepung gandum
2 biji telur
100 ml susu segar
Air suam secukupnya
50 gm walnat, dikisar

Bahan-Bahan B:
100 gm gajus, dikisar
300 gm serbuk gajus
250 gm mentega
150 ml minyak


Cara-Cara:

Gaul tepung bersama telur dan susu segar hingga sebati. Masukkan air. Uli hingga menjadi doh. Adunan dibahagi empat dan dijadikan doh kecil. Perap dalam sejam. Tabur sedikit tepung di atas meja dan canai setiap satu doh (satu doh apabila dicanai nipis menjadi selebar sebuah meja bulat sederhana besar). Kemudian potong mengikut besar loyang yang digunakan. Lapis empat keping di dalam loyang dan tabur walnat, gajus dan serbuk gajus. Lapis sekeping lagi doh nipis di atas taburan kacang. Ulangi hingga habis. Bahagian atas sekali, lapis empat sama seperti di bahagian bawah. Panaskan mentega bersama minyak dan sapu di atasnya. Bakar hingga kuning. Kemudian potong seperti hiris wajik.

Baklava ini dimakan bersama air gula. Baklava perlu dibiarkan semalaman selepas masak supaya betul-betul sejuk. Kemudian tuang air gula hingga ke permukaan. Jangan dikeluarkan baklava dari loyang kecuali untuk menghidang. Biar baklava terendam di dalam air gula.

No comments:

Post a Comment