Thursday, October 6, 2011

Bila si Dewasa belajar maksud Disiplin..



Assalamualaikum,

Ptd ak bru je bca dlm FB macam mana Wardina Saffiya mengajar anak dia solat 5 waktu. http://ohislam.com/bagaimana-wardina-mendidik-anak-solat-5-waktu/

Terharu jugak baca post tu, kecil2 dh pandai disiplinkan diri untuk menunaikan solat 5 waktu. Sebenarnya jika di renungkan kembali, cara yang digunakan oleh Wardina tu memang sangat sesuai dan bertepatan dengan kehidupan masyarakat kita sekarang ni.

Semua ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. diorang nak anak mereka rajin, hormat ibu bapa, sopan-santun, soleh/solehah, pandai dan macam-macamla. tapi, ramai yang lupa sifat yang baik tu tak kan lahir dengan sendiri jika tidak diiringi dengan cermin yang baik (ibu bapa). macam mana nak suruh anak solat kalau mak dengan ayah x solat?

mungkin ada yang marah bila baca post ini, mungkin ada yang kata.. "ibu bapa zaman sekarang ni x boleh kawal tingkah laku anak 24 jam, diorang banyak terdedah dengan pengaruh negatif dari luar contohnya pengaruh masyarakat dan media" Ya, mungkin betul.. tapi bukankkah ibu bapa boleh membentuk/ mengawal semua itu bermula dengan rules& regulation di rumah?? sesibuk mana sekalipun kita, anak2 adalah amanah pertama kita di dunia ni.

tak guna rumah yang besar, kereta besar, duit yang melimpah ruah tetapi tidak ada keamanan dalam keluarga itu sendiri. sebab itu, kita sebagai orang dewasa kena banyak muhasabah diri..

saya pn dulu pn macam tu juga, liat sgt nk solat 5 waktu.. terutama solat subuh & insyak. kalo maghrib, sgttt rajin. banyak je alasan yg dibagi. bukan pd org lain tau, tapi pd diri sendiri.. "alamak, terlepas subuh pulak. srdar2 dh pkul 8", "hmm.. terlepas pulak isyak, ingatkan nk rehat kejap jer.." & mcm2 alasan yg korang sndiri boleh pk kan.

tapi.. Alhamdulillah, kesedaran tu dtg sedikit demi sedikit. istilah Muhasabah Diri tu yang banyak membantu saya menjadi saya yang baru. bukan kata saya dh menjadi Muslimah yg sempurna. tapi saya dh tersedar dan cuba belajar menjadi Muslimah yang sempurna.

peraturan pertama yang perlu saya lakukan untuk melakukan perubahan ini adalah DISIPLIN. ya disiplin adalah perkara pertama yang saya fikirkan. kita mesti menjadi orang yang lebih berdisiplin jika kita ingin mendapatkan hasil yang terbaik. disiplin pertama saya adalah SOLAT.. saya telah menetapkan peraturan pertama saya adalah,

Saya akan berusaha untuk mendapat solat 5 waktu yang sempurna.

kalau dulu saya solat asal boleh, tapi sekarang ni saya cuba untuk mendapat solat yang sempurna. minta maaf kalau saya tidak dapat mentafsirkan maksud solat yang sempurna kerana saya masih belajar. tapi saya benar-benar berusaha untuk mendapat solat yang khusyuk. xnak lagi berangan-berangan masa solat. xnak lagi terlupa dh berapa rakaat dh solat. xnak lagi rasa nk menguap je stiap kali solat..

betul, saya benar-benar nak berubah dan saya sedang berusaha untuk berubah untuk menjadi muslimah yang lebih baik. banyak yang perlu saya pelajari, banyak lagi perubahan yang perlu saya lakukan. tetapi semua itu memerlukan kekuatan dan ketabahan dalam mengharungi penghijrahan ini. niat inila yang selalu saya titipkan di dalam doa setiap hari moga di tetapkan iman, dibukakan hati menerima agama yang indah lagi sempurna...ISLAM

wasalam..
doakan saya berjaya dalam hijrah ini.

No comments:

Post a Comment